THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sabtu, 6 Ogos 2011

SOAL JAWAB AQIDAH


Sila bincangkan tentang kewujudan Allah.


Jawapan: Allah itu ada dan tiada sebarang keraguan tentang kewujudan-Nya. Adanya Allah itu tanpa kayf (bagaimana, bentuk atau cara)[1], tanpa tempat, tanpa arah atau ruang dan tidak menyamai suatu pun daripada makhluk-Nya serta tiada suatu pun daripada makhluk-Nya yang menyerupai-Nya.

Allah ta^ala berfirman:

أَفِى اللهِ شَكٌّ
Maknanya: “Tiada keraguan akan adanya Allah”. [Surah Ibrahim: 10]

Rasulullah 
sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:

كَانَ اللهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ
Maknanya: “Allah ada (azali yakni ada tanpa permulaan) dan tiada sesuatu pun selain-Nya”. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan selainnya]
___________________________

[1] Persoalan bagaimana atau cara hanya layak diajukan tentang sifat makhluk kerana ia merujuk kepada suatu bentuk, pergerakan dan perubahan sifat. Oleh itu, Allah Maha Suci dari sebarang persoalan bagaimana kerana ia melibatkan sifat makhluk.

Khamis, 4 Ogos 2011

Ramadhan #3


Allah, Kenapa Aku Dalam Neraka?


Tuhan, kenapa aku masih berada di sini? Bukankah aku dahulu selalu bersedekah di masjid-masjid? Bukankah aku dahulu sentiasa membantu sahabat-sahabatku yang kesusahan? Bukankah aku dahulu sentiasa memberi peringatan kepada sahabat-sahabatku? Kenapa aku masih ada di Neraka-Mu ini?
Tuhan, mana pergi amalan-amalan baik yang aku lakukan dahulu? Tidakkah aku telah menggunakan kudratku untuk jalan dakwah? Oh Tuhan. Dengarlah rintihan aku ini.
(Tiba-tiba)
Tangannya terangkat dan berkata, "Aku dahulu memasukkan duit ke dalam tabung kerana aku inginkan pujian sahabat-sahabatku terutamanya mereka yang berlainan jantina denganku."
Kakinya tiba-tiba bersuara,'aku berjalan pergi berdakwah semata-mata ingin menonjolkan diriku di hadapan orang lain bahawa aku ini seorang yang Alim dan Soleh. Aku ingin manusia melihat betapa aku ini hebat berdakwah dan kaya dengan ilmu agama.'
Mulutnya tiba-tiba menyanggah, 'ah, kau ni. Kononnya mulut kau ini kau gunakan untuk mengingatkan sahabat-sahabat kau, tetapi hakikatnya kau tidak mengamalkannya! Kau suruh orang jauhi zina tetapi kau dengan mudah ber'chit chat' dengan teman-temanmu yang berlainan jantina dan bercakap perkara-perkara yang tidak sepatutnya! Kau suruh orang bersedekah dan berbuat baik, tetapi diri kau? Pernah kau cerminkan diri kau? berapa banyak harta kau yang kau laburkan untuk Akhirat? dan berapa peratus nilai keihklasanmu di dalamnya?
Telinga yang hanya mendengar dari tadi turut tidak melepaskan peluang.'Hey hey, nanti dulu. Kau jangan lupa, telinga kau ni, kau gunakan untuk apa? Ingat tidak pada suatu ketika dahulu, kau menggunakannya untuk mendengar lembut suara si dia yang bukan muhrim mu? Apa kau sudah lupa ketika nafsu kau sudah menewaskan akal dan Iman mu, kau asyik dalam kecintaan kau pada dia yang tidak halal bagimu? Apa kau ingat semua ini bukan dosa? Mana perginya tazkirah yang kau beri dahulu kepada teman-temanmu? Apa yang kau ingatkan mereka? Sudah lupa? Kau mengatakan La Takrabu Zina. Punya kau bersemangat memberi ceramah mengenai bahaya pujuk rayu Syaitan, tetapi mengapa kau yang tertewas dengan pujuk rayu si Durjana tu?
Hati yang kehitam hitaman tiba-tiba mencelah, "itulah kau manusia. Sudah kerugian kau di sini bukan? Bukankah Guru-guru mu sentiasa berpesan, pastikan kau lakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas. Bukankah kau sudah tahu benar segala amalan tanpa niat yang ikhlas umpama buih di lautan. Segala kebaikanmu itu habis hancur berkecai. Dahulu bila kau dianugerahkan dengan nikmat yang banyak, kau lupa diri.
Kau sombong! Keihklasanmu lenyap sekelip mata. Syukur mu kian menipis. Bongkak mu kian meninggi. Apa kau sudah lupa hakikatnya kau cuma manusia lemah ciptaan Si Maha Besar? Bukankah sifat sombong hanya milik mutlak Allah? Kau tahu bukan si durjana Iblis dihalau dari Syurga kerana kesombongannya? Si Firauan binasa kerana bongkaknya? Si namrud dihina kerana takburnya? Jadi kenapa kau tidak belajar dari pengajaran ini?
Betapa dirimu rugi hari ini wahai manusia. Andai didunia dahulu kau mengamalkan ilmumu, pasti kau bahagia sekarang. Tetapi, seperti kau tahu, There is no turn Back! Sekarang rasailah azab dari Allah ini bersama - sama dengan kami," kata si iblis dan kaumnya.
Tiba-tiba tersedarku dari mimpi. Astarfirullah. Saat itu, terbayang-bayang difikiranku akanSurah Yassin ayat 65 :
"Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa Yang mereka telah usahakan."
Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan apa yang Kau larangi dan dekatkanlah kami dengan amalan-amalan yang Kau redhai.

source : Iluvislam website

Selasa, 2 Ogos 2011

Ramadhan#2

PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita samasama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini
menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan
menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat
dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada
diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia
mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam
jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama
dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun
percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar
hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila
bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual
kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
Sumber Rujukan:-
1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAlQaisi, Maktabah Al-Mnarah,Makkah.
2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani
3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

Isnin, 1 Ogos 2011

Ramadhan #1

Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

Salam Ramadhan


Salam Ramadhan Al-Mubarak..
Semoga Allah memperkuatkan keimanan ku..

ditaja oleh