'Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa , tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati'
Kenapa orang yang kecilkan hati kita , tapi kite pulak yang berdosa.?
Untuk pengetahuan semua.
Jika seseorang yang mengecilkan hati kite tu... tak kira lahh..dengan cara menghina ke apa.. tp dye buat kite terasa hati..
Awak semua kena sabar sebab itu adalah peringatan daripada Allah.
Ingat kawan2, peringatan daripada Allah bukan senang nak dapat. Peringatan daripada Allah juga adalah sebuah hadiah kerana Allah beritahu kite yang mungkin telah terleka .
Jika kita berkecil hati bermakna kita tidak redha dengan ujian yang Allah turunkan.
Oleh itu , walaupun ianya menyakitkan hati .. kite fikirkan kebaikkan yang pernah kawan kita tu lakukan kat kite.. atleast ,kurang sikit rasa marah dan jangan lupe bertemu dengan maha esa.
Ahad, 31 Mac 2013
Berkecil hati
Ahad, 2 Oktober 2011
Hanya Stokin, namun aku bersyukur
Aku diberikan didikan agama yang secukupnya oleh ibu bapaku. Apabila umurku mencecah 13 tahun, aku mula hidup berdikari di sekolah berasrama penuh dan di sana, kami semua pelajar perempuan diwajibkan berstokin sepanjang masa. Aku sebagai seorang pelajar yang mengikut peraturan memang sentiasa memakai stokin di sekolah.
Tetapi apabila pulang ke rumah, melayanglah stokinku entah ke mana. Apabila umurku 16 tahun, aku berpindah sekolah kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Sekolah baruku turut mengarahkan kami memakai stokin sepanjang masa dan bagi ku, itu bukan satu masalah. Tetapi, amalan berstokin di rumah tetap tidak aku lakukan. Mungkin bagiku berstokin tidaklah sama penting dengan bertudung.
Sehinggalah aku mendapat tawaran ke salah satu kolej matrikulasi di utara Malaysia. Selepas mendaftar dan mengemas barang-barang di dalam bilik, kawanku mengajakku bersiar-siar di kawasan kolej. Aku mula terfikir, adakah aku perlu berstokin walhal tiada peraturan menyuruh kami memakai stokin di kolej tersebut.
Aku mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan kerana aku sedar bahawa apa sahaja keputusan yang akan aku ambil pada saat itu, akan aku teruskan hingga ke liang lahad. Sehinggalah kawanku memanggil namaku, aku dengan lajunya mencapai stokinku dan memakainya dan terus keluar dari bilik. Sejak dari itu, stokin tidak pernah lari dari kakiku.
Bila ku imbas kembali hari pertamaku di kolej matrikulasi, aku rasa gembira kerana memilih untuk berstokin. Bagi aku, Allah telah turunkan hidayah-Nya kepadaku pada hari tersebut dan aku sangat bersyukur.
Selama 5 tahun aku memakai stokin, hanya tahun ke-6 baru aku berstokin seikhlas hatiku.
Walaupun hanya stokin, bagiku ini adalah anugerah Allah untukku. Terima kasih ya Allah untuk hidayah kecil ini.
Pesanan untuk saudaraku wanita di luar sana, janganlah putus asa untuk mengamalkan apa yang Allah suruh. Sesungguhnya hidayah Allah akan turun jua kepadamu dalam keadaan yang tidak dapat kamu bayangkan.
Teruskan berdoa dan teruskan beramal, semoga Allah akan mengurniakan hidayah-Nya supaya kita sentiasa berada di jalan-Nya yang lurus. InsyaAllah.
source : Iluvislam
Jumaat, 30 September 2011
lelaki hindarkan, perempuan lakukan
"bermula lelaki yg lebih jahat, terlebih baik bg sifat perempuan"
- al-buqhlu=kedekut.
- al-zuhu=membangga diri
- al-jubnu=penakut.
sunat memilih perempuan yg elok mukanya.
cantik yang sebenar ialah bila kite tengok dye senangkan jiwa.
6 ciri pasangan yang jangan dicari
al-ananah = mmbanyakkan keluh kesah.sentiasa rasa tk cukup atas pemberian
al-mananah=banyak mengungkit
al-hunanah=ingin kepada suami yg lain
al-hudaqah=gemar akan tiap sesuatu dan paksa suaminya buat.
al-buroqah=hari2 sibuk bersolek tanpa mmpedulikan amalan lain.
as-salaqoh = perempuan asyik berleter.
Sabtu, 6 Ogos 2011
SOAL JAWAB AQIDAH
Sila bincangkan tentang kewujudan Allah.
Jawapan: Allah itu ada dan tiada sebarang keraguan tentang kewujudan-Nya. Adanya Allah itu tanpa kayf (bagaimana, bentuk atau cara)[1], tanpa tempat, tanpa arah atau ruang dan tidak menyamai suatu pun daripada makhluk-Nya serta tiada suatu pun daripada makhluk-Nya yang menyerupai-Nya.
Allah ta^ala berfirman:
أَفِى اللهِ شَكٌّ
Maknanya: “Tiada keraguan akan adanya Allah”. [Surah Ibrahim: 10]
Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:
Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:
كَانَ اللهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ
Maknanya: “Allah ada (azali yakni ada tanpa permulaan) dan tiada sesuatu pun selain-Nya”. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan selainnya]
___________________________
[1] Persoalan bagaimana atau cara hanya layak diajukan tentang sifat makhluk kerana ia merujuk kepada suatu bentuk, pergerakan dan perubahan sifat. Oleh itu, Allah Maha Suci dari sebarang persoalan bagaimana kerana ia melibatkan sifat makhluk.
Langgan:
Catatan (Atom)